Wednesday, November 19, 2008

Biarlah, itu kan tugas orang-orang alim dan ulama’ je..

Dr. Yusof Qardawi dalam buku ‘Islam Penyelamat Ummah’ berkata: “Meletakkan individu pada tempatnya yang sesuai dengan kelebihan dan pengalamannya supaya dia boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Gerakan Islam tidak boleh memperlekehkan peranan sesiapa pun walau bagaimana kecil dan kurangnya keupayaan yang dimilkinya, kerana setiap orang akan memperoleh ganjaran mengikut apa yang diniatkannya dan Allah tidak melihat kepada luaran, akan tetapi Dia melihat kepada hati. Di zaman Nabi s.a.w. Khalid Al-Walid mempunyai peranannya sendiri, Hasan mempunyai peranannya sendiri dan Abu Hurairah mempunyai peranannya sendiri. Khalid memperjuangkan Islam dengan pedangnya, Hasan memperjuangkan Islam dengan syairnya dan Abu Hurairah memperjuangkan Islam dengan ilmunya. Mereka semua adalah mujahid di jalan Allah.”

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, kalau lah manusia terus berfikiran negatif terhadap orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, pasti mereka akan mengutuk burung-burung kecil yang membawa air dalam paruh untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. “Eh burung kecil! Hentikanlah usaha sia-sia kamu tu. Kamu ingat dengan usaha ciput tu dapat padamkan api tu ke?”

Praktikalnya, tidak kisahlah siapa kita, dalam kos apa, kuat ke, lemah ke dan apa-apa yang sewaktu dengannya, peranan kita tetap ada dalam Islam. Allah sentiasa membantu hamba yang membantu agamaNya. Yang penting, kita sedar dan tahu langkah kita yang seterusnya. Jika tidak, kenapa kita dipilih untuk lahir ke bumi ini?

3 comments:

husaini said...

salm perjuangan... penulisan yg baik:-

”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”

(Abu al-A’la al-Maududi)

Ibnu Bangsawan said...

Husaini abang komen ya, abang umar pun nak bagi komen gaklah.

Abang Umar sangat setuju, setiapa insan mempunyai kelebihan masing-masing. Kita sebagai manusia juga perlu bijak 'membaca' insan-insan disekeliling kita. Untuk apa? untuk kita mengenalinya. nak kenal orang ini ada peringkat.

1) Blh knl skjp je
2) Ambl ms agk sedrhana, bru knl
3) Ambl ms lama
4) Tk knl2 smpai.....

Oleh itu, jdikn penglman hdup sbgai guru. Dsmpng ilmu yng sedia ada. K

Alfun mabruk alaiki, ya akhtil muhtaramah wal karimah deh :-)

hookiuyt said...

salam ukhuwah,,~~
saya dah USHA dah..
;) wassalam.