Wednesday, November 19, 2008

Biarlah, itu kan tugas orang-orang alim dan ulama’ je..

Dr. Yusof Qardawi dalam buku ‘Islam Penyelamat Ummah’ berkata: “Meletakkan individu pada tempatnya yang sesuai dengan kelebihan dan pengalamannya supaya dia boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Gerakan Islam tidak boleh memperlekehkan peranan sesiapa pun walau bagaimana kecil dan kurangnya keupayaan yang dimilkinya, kerana setiap orang akan memperoleh ganjaran mengikut apa yang diniatkannya dan Allah tidak melihat kepada luaran, akan tetapi Dia melihat kepada hati. Di zaman Nabi s.a.w. Khalid Al-Walid mempunyai peranannya sendiri, Hasan mempunyai peranannya sendiri dan Abu Hurairah mempunyai peranannya sendiri. Khalid memperjuangkan Islam dengan pedangnya, Hasan memperjuangkan Islam dengan syairnya dan Abu Hurairah memperjuangkan Islam dengan ilmunya. Mereka semua adalah mujahid di jalan Allah.”

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, kalau lah manusia terus berfikiran negatif terhadap orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, pasti mereka akan mengutuk burung-burung kecil yang membawa air dalam paruh untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. “Eh burung kecil! Hentikanlah usaha sia-sia kamu tu. Kamu ingat dengan usaha ciput tu dapat padamkan api tu ke?”

Praktikalnya, tidak kisahlah siapa kita, dalam kos apa, kuat ke, lemah ke dan apa-apa yang sewaktu dengannya, peranan kita tetap ada dalam Islam. Allah sentiasa membantu hamba yang membantu agamaNya. Yang penting, kita sedar dan tahu langkah kita yang seterusnya. Jika tidak, kenapa kita dipilih untuk lahir ke bumi ini?