Monday, July 26, 2010

MENCARI KETENANGAN..

27 JULAI 2010..Hari ni adalah birthday Dr. Syeikh Muszaphar Syukor. My contemporary icon in astronomy..Erm, banyak informasi yang aku dapat ketika beliau memberikan ceramah motivasi pada 10 Julai yang lepas. Penantian aku berakhir bila mendapat tahu kehadirannya ke KUIS. Aku tak berpeluang nak menemuinya pada Seminar Konvesyen Falak Selangor yang lepas tahun 2008. Waktu tu dia baru sahaja menamatkan misinya di ISS..But, my wish to see him is never ending.. I just want to know everything about his journey to space, the moment he spent up there..Everything is fascinating..and it takes my interest to study his writing.. Setakat ni aku baru habis membaca 'Menggapai Bintang'. Dan dalam proses menelaah bukunya yang terbaru, 'Journey To Space'. Best..
Hm..aku memang meminati ilmu astronomi dan bukannya Dr. Syeikh Muszaphar Syukor. Selain beliau, aku juga mengkagumi Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Razi, dan ramai lagi..Kesemua mereka adalah ulama' yang faqih dalam astronomi.. Begitu gak dengan Yuri Gagarin dan Neil Amstrong.. (Tapi diorang ni bukan Muslim la..) Sekarang ni aku masih berada di kampung. Saje je meluangkan masa dengan family, kucing-kucing, dan langit yang ditaburi bintang-bintang yang cantik. At least, inilah alternatif yang aku ada untuk mencari ketenangan.. Syukran IlAllah..
Sekalipun dihimpit masalah ekonomi yang agak teruk, tapi ni tak bermakna aku harus mengaku kalah. Setiap masalah ada solusinya.. Yang penting, aku harus tenang dan berfikiran positif. Dalam menghadapi masalah dan tekanan yang pelbagai, aku perlu percaya dengan diri sendiri, bersangka baik dengan Allah dan berusaha.. Hm.. WHAT THE MIND BELIEVES, WE CAN ACHIEVE.. Ni la kata-kata yang aku ambik daripada buku tulisan Dr. Syeikh Muszaphar Syukor (Journey To Space)..
I'm wishing to see him again because there is a question that i'm going to ask..

Monday, June 28, 2010

GERHANA BULAN SEPARA - 26 Jun 2010

Beberapa hari yang lepas, sebahagian penduduk Malaysia telah berpeluang menyaksikan satu fenomena langit malam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan separa dimana separuh daripada bulan penuh kelihatan oren dan coklat. Keadaan ini berlaku kerana permukaan bulan yang memantulkan cahaya matahari ke bumi memasuki bayang bumi. Bagi penduduk di Semenanjung, gerhana dapat dilihat sejakbulan terbit hingga ia keluar dari bayang gelap bumi sekitar jam 9 malam.

Friday, May 28, 2010

SELAGI BINTANG BERKELIP..

Kesibukan membuatkanku melupakan hobi aku yang biasa. Hm, mungkin malam ini aku berpeluang sedikit untuk melihat bintang dan langit malam. Seketika aku merasa lapang dan tenang. Satu terapi yang baik buatku, sambil berpeluang untuk memuji hebatnya ciptaan yang Esa. Aku turut merasakan syukur kerana berpeluang memperjuangkan Islam yang aku sayangi ini.
Sebenarnya aku sedang merindui keluargaku.. Kebelakangan ini, wajah-wajah insan kesayanganku kerap menyinggah di fikiran. Lagi-lagi adikku yang bongsu. Hm, aku ada call emak sebelum ni, mungkin gembira dengan kelahiran cucunya yang pertama (akan datang) membuatkan emak nampak sibuk. Jadi, aku tak nak ganggu la.. asal mak hepi, aku pun hepi je la..
Hidup mesti diteruskan. Kapasiti aku sebagai perwakilan pelajar sekarang ni betul-betul menguji ketahanan diri. Aku banyak mempelajari erti sabar. Betapa pentingnya kesabaran tu sehinggakan Prof. Dr Yusuf Qardhawi menghasilkan buku 'Sabar Menurut Perspektif Islam'..Dan Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama dengan hambaNya yang sabar..
Salam perjuangan buat pembaca.. InsyAllah, kalau line internet clear, artikel seterusnya akan menyusul..
Wallahua'lam..

Monday, November 16, 2009

ALLAH BERSAMA-SAMA KITA



Bismillahirrahmanirrahim.. Salam 1 Ummah buat semua pembaca yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, sehingga ke saat ini Allah masih mengizinkan aku untuk terus menunaikan tanggungjawab sebagai pejuang agamaNya. Apa jua kepahitan yang dilalui sama ada kesedihan, kesusahan dan mainan emosi adalah ujian dariNya yang mesti kita tempuhi dan atasi kerana Syurga itu manis. Itulah janjiNya dan ini jugalah peringatan yang selalu diberikan oleh sahabat-sahabatku yang disayangi. Inilah kekuatan kita.

Berhadapan dengan perjuangan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), aku akui pelbagai tafsiran dan pandangan yang diberikan oleh banyak pihak. Em, takpe lah..Itu kan hak mereka. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengamalkan sikap berlapang dada dan mengambilkira pandangan sahabat-sahabat baginda. Semua ini adalah untuk mengajar kita peri pentingnya akan sikap mahmudah tersebut.

Permulaannya, aku cuba mendengar dan memahami kekeliruan oleh individu di sekelilingku. Aku sendiri pun membuat penilaian dan semestinya kita tahu membezakan antara yang hak dan yang batil. Apa yang aku temui, GMS adalah wasilah mahasiswa yang berani menyuarakan hak dan suara-suara yang selama ini tidak didengari. Sebenarnya, kita juga perlu berlapang dada dan cakna dengan kebangkitan seperti ini. Mereka sama sekali tidak mengangkat senjata ataupun menimbulkan kekasaran. Kita semestinya nampak ini semua sekalipun ada di kalangan kita menafikan perjuangan mereka.

Aku rasa, cubalah layari blog rasmi GMS iaitu, http://gmskuis.blogspot.com.. Semoga kita dapat membuat penilaian yang positif dan menyelesaikan segala kekusutan yang bersarang di fikiran. Yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar dan benar. Wallahualam.. Salam ukhuwah dan jumpa lagi.

Friday, May 08, 2009

EDISI KHAS UNTUK PEMBACA YANG DIHARGAI…

Assalamualaikum w.b.t. Em, terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kepada pembaca sekalian di atas kelewatan aku menerbitkan artikel sebelum ini. Tapi, aku betul-betul menghargai kesudian pembaca yang terdiri daripada sahabat-sahabat aku seniri. Terima kasih sebab sudi memberi komentar dan teguran yang memberikan aku semangat untuk lebih berusaha. Jadi, aku mendoakan kebaikan untuk pembaca sekalian serta kecermelangan di dunia dan akhirat. Apa paling penting, kita semua mendapat manfaat. Oh ya, maaf la background blog Satelit Ababil ni berwarna hitam dan tidak dihiasi dengan apa-apa. Sebenarnya, aku mahu pembaca betul-betul merasai suasana di angkasa lepas. Mungkin agak menyeramkan pembaca. Minta maaf sekali lagi sebab aku takde niat nak takutkan pembaca sekalian, nanti aku touch-up yang simple-simple je,k. Sekian je untuk kali ni dan jumpa lagi jika diizinkan Allah S.W.T.

‘BERKHIDMAT UNTUK ISLAM KERANA ALLAH, TAKBIR!!’

Tuesday, January 20, 2009

Fatihah akhirnya syahid…

Aku amat meminati Kenshin Himura. Watak utama dalam cerita kartun Samurai X. Dia seorang yang mahir bermain pedang dan ade banyak strategi perang. Dia pasti ada idea walaupun dalam keadaan genting dan bersikap tenang. Hm, setiap kali pukul 5 petang aku memang dah ade depan tv. Pada satu hari, aku terbukak berita kat TV3. Eh, ape ni? Berita tersebut melaporkan satu kejadian yang masih aku tak lupa sampai skarang. Ratusan pemuda dizalimi di Tak Bai, Thailand. Ngeri aku tengok keadaan mereka. Mereka ditendang, dibelasah gila-gila, dan dihimpit ramai-ramai di dalam sebuah trak. Aku tak dapat bayangkan keadaan mereka yang syahid akibat sesak nafas. Kejadian ni berlaku ketika Thailand masih di bawah pimpinan Thaksin. Entah kenapa air mataku mengalir tanpa ku sedari. Terus kututup tv. Terlupa niatku untuk menonton Samurai X.
Aku tersentak. Mengelamun teringat kisah Tak Bai ni. Sekarang aku ditugaskan dibawah Unit Pemantauan Satelit. Seronok bertugas kat unit ni. Setiap hari aku bekerja dengan gembira. Mane taknya, memang aku minat dengan angkasa. Aku sukakan semesta. Secara automatik, hatiku akan terhibur. Gaji pun memang lumayan. Majikan pun sporting dan sering sibuk ke luar negara. Baru-baru ni, dia ke Iran. Mendapat jemputan dari Presiden Mahmoud Ahmadinejad untuk kajian satelit. Sape lagi kalau bukan Ustaz Syeikh Muszaphar Syukor. Dia banyak memberikan tunjuk ajar dan bersabar dengan aku. He,he. Aku harap aku tak dipecat.

“Fatihah!” Aku toleh ke belakang. Fiza dan Dhiyaul menghampiri aku.
“Kita akan bertolak ke Selatan Thailand 2 minggu lagi. Kau dah sedia?” Dhiyaul bertanya kepadaku. Aku dah maklum dengan tugas tu. Dari jauh, aku nampak kak Atiqah, Fazreen dan kak Hayati sedang membaiki senjata baru. Mungkin itu hasil ciptaan terbaru mereka. Makmal tersebut memang selalu digunakan mereka. Ala-ala kebuk wasap. Fazreen melambai-lambai ke arahku. Mungkin ciptaan mereka berjaya. Aku membalas dengan menunjukkan isyarat bagus.
“Em. Ustaz Muszaphar dah bagitau aku. Aku tak jadi balik kampung ar. Kenapa? Ko tak jadi pegi ke?” Aku menyoal kembali. Risau gak aku. Lain soalan Dhiya ni.
“Jadi. Tapi ni bukan tugas kita yang biasa. Mungkin… kita akan terkorban. Ko tahu Amerika dan Britain dah hantar tentera tambahan kat sana kan?” Dhiya berkerut. Aku tau Dhiya risau. Fiza memandangku.
“Tahu. Semalam, Satelit Ababil mengesan penempatan mereka di koordinat 2704. Aku dah laporkan pada Ustaz Muszaphar,” Aku cuba menenangkan Dhiya.
“Teha, ko ditugaskan ke situ. Aku risau la. Ko dah janji nak pulang ke kampung kan? Peluang kita nak dapatkan maklumat tentang musuh dalam 50% je,” Giliran Fiza bersuara. Aku akui dia alert tentang persediaan awal. Waktu kat kolej dulu pun, dia suka datang kelas awal. Jauh beza denganku.
“Kampung kita kan akhirat. Jangan bagitau apa-apa pada keluargaku. InsyaAllah aku sedia. Kita cuma perlu dapatkan maklumat tentang satelit musuh kan? Kacang goreng je. Tapi aku nak minta maaf banyak-banyak dari korang. Dhiya, aku belum bayar duit kopi radix lagi. Nah,” Aku betul-betul kene bersedia, walaupun aku tau mungkin aku takde peluang balik lagi. Aku jeles gak tengok gadis-gadis Palestin yang syahid. Tiba-tiba aku tengok mata Fiza berair. Dhiya mengesat matanya. Tapi, kantoi ngan aku. Aku tau diorang nangis.
“Kita akan pegi sama-sama. Takpe la teha. Tak payah bayar duit kopi ni,” Dhiya bersuara. Lain suaranya. Eh, Dhiya ni. Kenapa sebelum ni dia tak bagi aku kopi percuma? Hehe. Ke situ lak aku ni.

2 minggu kemudian..
Sebelum berangkat, aku mendapat email dari Ustaz Muszaphar. Segera kubaca.

Assalamualaikum. Are you still there, Fatihah? Maaf di atas ketiadaan saya kali ni. Saya mendoakan misi ini. Hati-hati dan praktikkan apa yang awak dah belajar. U’re going to fulfill your dream, right?

Aku tersenyum. Thanks for understanding me, ustaz.

Aku tercungap-cungap. Keletihan. Hampir 5 jam kami berjalan di dalam hutan. Fiza memaut tanganku. Aku tersenyum. Kagum dengan kesabaran sahabat-sahabatku. Aku melihat radar. Kami tak jauh dari musuh. Mereka berada lingkungan 1 kilometer dari kami. Jam menunjukkan pukul 5 pagi.
“Offkan handset. Musuh mengesan kita dengan satelit mereka. Aku akan cuba mengelirukan mereka,” Aku berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain. Segera aku hidupkan mini-laptop ciptaan Syarikat HPA. Ala-ala radar pengesan DragonBall. Fiza, Dhiyaul dan sahabat-sahabat lain mengambil kedudukan mereka. Kak Masitoh dan Sakinah ditugaskan memasuki kawasan ini dari sebelah utara. Mungkin untuk mengepung musuh. Ini arahan dari Ustaz Muszaphar. Syukriah, Amalina, Kak Majidah dan Maria kini sedang bergerak dari sebelah Timur. Mereka ditugaskan memasuki kawasan ini dari seberang laut. Pihak muslimin pula ada tugas mereka tersendiri. Kata ustaz Muszaphar, ini adalah satu strategi. Musuh mungkin tak menyangka kaum perempuan mampu melancarkan serangan. Kata ustaz lagi, umat Islam harus merancang lebih jauh dari apa yang dirancangkan musuh. Huh, aku akan ingat tu.
“Tunggu isyarat aku. Aktifkan Satelit Ababil apabila aku pacakkan radar ni. Satelit akan kesan kedudukan radar dan musuh akan dibom,” Aku menunjukkan radar berbentuk daun kepada mereka. Aku tengok diorang masih diam.
“Teha, macamane ngan ko?” Dhiyaul menyuarakan kebimbangannya. Aku mengeluh. Tak tahu macamane nak memujuk dia.
“Jangan risau. Kita akan jumpa lagi,” Aku tersenyum dan melangkah. Bajuku direka khas untuk menghalang serangan peluru, pancaran laser dan kesan radiasi. Akhirnya aku tiba di pusat kawalan musuh. Aku menggunakan radar istimewa ciptaan muslimin. Namanya Radix Power Rangers. Pihak muslimin mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan radar ini. Aku kene pantas. Segera aku mematikan sistem kawalan mereka. Kelihatan lampu merah di situ terpadam. Aku menghidupkan alat penghubung. Aku perlu beritahu mereka apa yang aku jumpa. Aku menggigil. Segera aku berzikir. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
“Koordinat 2704. Bagitau lokasi korang. Allahuakbar,” Aku menghubungi Fiza. “Koordinat 2704. Kami bersedia, Allahuakbar,” Fiza menjawab. Aku lega. Tapi aku masih ada sikit kerisauan. Kenapa mereka memilih lokasi ini? Oh ya! Ni kawasan kampung. Pastinya kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa mereka. Aku terdengar beberapa suara. Segera aku bersembunyi. Aku tak boleh gagal. Kali ni umat Islam di sini bergantung kepada kejayaan misi ni dan aku sendiri… mempertaruhkan nyawaku. Aku melihat situasi sekeliling. Aku teringat kisah Salahuddin Al-Ayubi yang selalu melancarkan serangan di waktu Subuh. Mungkin sebab waktu tu musuh sedang berehat atau tidur. Tiba-tiba dua orang tentera memasuki bilik tersebut. Disusuli tiga lagi tentera omputih memasuki bilik tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat mereka menyeret seorang kanak-kanak lelaki berkopiah. Sesekali mereka tertawa mempermainkan budak lelaki itu. Apa yang menyentuh hatiku, kanak-kanak tu masih memegang Al-Quran dan menangis teresak-esak. Aku berubah menjadi geram apabila ternampak mulut dan kepalanya berdarah.
“Shit! How could this happen?” Salah seorang daripada mereka memeriksa butang merah yang aku tekan tadi. Tiba-tiba mereka fokus kat budak laki tadi. Apa yang patut aku buat? Aku segera bersedia. Mempersiapkan senapang dan kunai (pisau kecil istimewa). Aku tak peduli apa akan jadi. Kanak-kanak ni mungkin akan mati. Mereka membelasah kanak-kanak laki tadi seolah-olah melepaskan geram. Aku sememangnya berada di posisi yang sesuai. Diorang ni pun, apa barang belasah budak kecik? 5 lawan 1 pulak tu. Em, macamana aku nak mulakan serangan ni? X boleh gelabah. Kelak aku akan ditawan musuh. Aku menutup mata. Dalam misi sebelum ni, aku tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni. Aku cuba berimaginasi. Tiba-tiba aku merasakan angin lembut bertiup. Seolah-olah memberiku ketenangan untuk merancang. Terima kasih, Allah.
“Allahuakbar!” Aku membaling bom asap. Mereka melepaskan tembakan. Aku mempraktikkan latihan yang aku jalani selama ni. Senapang ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Lebih hebat dari M16. Aku memfokuskan tembakan ke jantung musuh. Jantung adalah sudut maut. Dua daripada mereka rebah dan mati. Tiga lagi berjaya melepaskan diri. Aku mencari kanak-kanak tersebut. Air mataku makin deras. Aku tak mahu kanak-kanak tu mati. Tiba-tiba kulihat dia merangkak-rangkak mencari perlindungan. Segera ku tarik tangannya dan menyuruhnya lari. Ku lihat di luar sahabat-sahabatku dah bertindak dengan tepat. 5 kem dah diletupkan. Bagus dan cekap tindakan mereka. Ku lihat kanak-kanak tadi tak berganjak.
“Kak, saya mahu syahid juga. Berikan saya senjata,” Dia memandangku. Aku memahami semangat jihadnya. Tapi dia masih ada peluang untuk terus hidup.
“Kak, belakang!” Kanak-kanak tadi menjerit. Aku melepaskan tembakan. Kali ni mereka lebih ramai. Aku tahu aku dah tak sempat lari. Aku teringatkan mak dan abah. Maaf di atas segalanya. Aku sempat menghubungi Fazreen.
“Masuk kem pertama sekarang. Ada seorang mangsa kat sini,” Tiba-tiba aku terasa pedih. Darah mengalir laju dari perutku. Aku ditembak. Macamana peluru ni boleh menembusi jaket kalis peluru ni? Mungkin ada rahsia yang belum dibongkarkan. Salah seorang dari mereka menembak tangan kiriku. Dua kali. Macam ni kah rasanya maut? Aku menjadi tak seimbang. Sakit yang teramat sangat. Ceh, serang hendap boleh la. Omputih memang jahat.
“Kak! Bangun! Kita dah hampir menang!” Aku rasa makin lemah. Suara kanak-kanak tu hampir aku tak dengar. Fazreen mengetuai unit perubatan datang menghampiriku.
“Teha! Ucap LailahaIllalah!” Kedengaran suara Dhiyaul. Dia baru je dapat masuk ke kem tu. Musuh-musuh tadi dah melarikan diri sebaik sahaja melihat kawan-kawanku bertindak. Dhiyaul menangis lagi.
“Lailahaillalah!” Aku menguatkan semangat. Musuh-musuh berjaya ditewaskan. Dan maklumat satelit musuh tu.. aku berjaya dapatkan. Tapi ditukarkan dengan nyawaku. Aku harap kanak-kanak tu akan menjadi seorang mujahidin kelak.

Suara ibuku terngiang-ngiang. “Kak, balik ye. Mak tunggu kat umah,” Maaf, mak. Ni kali pertama saya ‘keluar’ umah tanpa izin mak dan abah.

Wednesday, November 19, 2008

Biarlah, itu kan tugas orang-orang alim dan ulama’ je..

Dr. Yusof Qardawi dalam buku ‘Islam Penyelamat Ummah’ berkata: “Meletakkan individu pada tempatnya yang sesuai dengan kelebihan dan pengalamannya supaya dia boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Gerakan Islam tidak boleh memperlekehkan peranan sesiapa pun walau bagaimana kecil dan kurangnya keupayaan yang dimilkinya, kerana setiap orang akan memperoleh ganjaran mengikut apa yang diniatkannya dan Allah tidak melihat kepada luaran, akan tetapi Dia melihat kepada hati. Di zaman Nabi s.a.w. Khalid Al-Walid mempunyai peranannya sendiri, Hasan mempunyai peranannya sendiri dan Abu Hurairah mempunyai peranannya sendiri. Khalid memperjuangkan Islam dengan pedangnya, Hasan memperjuangkan Islam dengan syairnya dan Abu Hurairah memperjuangkan Islam dengan ilmunya. Mereka semua adalah mujahid di jalan Allah.”

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, kalau lah manusia terus berfikiran negatif terhadap orang-orang yang memperjuangkan agama Allah, pasti mereka akan mengutuk burung-burung kecil yang membawa air dalam paruh untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. “Eh burung kecil! Hentikanlah usaha sia-sia kamu tu. Kamu ingat dengan usaha ciput tu dapat padamkan api tu ke?”

Praktikalnya, tidak kisahlah siapa kita, dalam kos apa, kuat ke, lemah ke dan apa-apa yang sewaktu dengannya, peranan kita tetap ada dalam Islam. Allah sentiasa membantu hamba yang membantu agamaNya. Yang penting, kita sedar dan tahu langkah kita yang seterusnya. Jika tidak, kenapa kita dipilih untuk lahir ke bumi ini?